2 KORINTUS 5:1-5
2 KORINTUS 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah - iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini - dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya. Dalam keadaan yang sekarang ini, kita mengeluh kerana sangat rindu untuk tinggal di khemah yang baru, yang dari syurga. Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang. Selama kita tinggal di dalam khemah di dunia ini, kita mengeluh kerana beban kita berat. Bukannya kita ingin meninggalkan tubuh kita yang di dunia ini, tetapi kita ingin dipakaikan tubuh yang dari syurga. Dengan demikian tubuh kita yang fana akan diubah oleh tubuh yang abadi. Allah sudah mempersiapkan kita untuk perubahan itu, dan Dia mengurniai kita Roh-Nya sebagai jaminan bagi segala sesuatu yang disediakan-Nya untuk kita.
2 KORINTUS 5:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KŬRNA kami tŭlah mŭngatahui, maka jika rumah tanah kami yang deripada khemah ini akan binasa, maka adalah bagie kami sa’buah rumah Allah, iya itu rumah yang bukan pŭrbuatan tangan, hanya kŭkal dalam shorga. Kŭrna dalam ini kami mŭngŭrang, dan sangatlah rindu handak mŭmakie dŭngan rumah kami yang deri shorga itu. Maka jika jadilah yang dŭmkian kami dapat dipakiekan, nŭschaya tiadalah kita didapati dŭngan bŭrtŭlanjang. Kŭrna slagi ada dalam khemah ini, maka kami mŭngŭranglah juga, sŭbab mŭnanggong brat, bukannya sŭbab kami handak ditŭlanjangkan, mŭlainkan dibri mŭmakie, supaya yang fana ditŭlan ulih yang baka. Adapun yang tŭlah mŭlangkapkan kami kapada hal yang dŭmkian itu, iya itu Allah yang tŭlah mŭngurniakan pula pada kami haluan Roh.
2 KORINTUS 5:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami tahu bahawa apabila khemah tempat kami tinggal di bumi ini roboh, Allah telah menyediakan tempat kediaman bagi kami di syurga, yang tidak diperbuat oleh tangan manusia, dan yang bersifat kekal. Dalam khemah yang kita diami kini, kita merintih dan merindui tempat tinggal kita di syurga, yang akan kita terima. Setelah kita menerimanya, kita tidaklah akan tinggal terdedah. Selagi kita masih mendiami khemah yang sekarang, kita merintih kerana terbeban, kerana kita tidak mahu terdedah; kita ingin dilindungi oleh yang kekal, ingin agar yang fana digantikan dengan yang hidup. Inilah yang telah disediakan Allah untuk kita; dan Dia telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita sebagai jaminan.