2 KORINTUS 4:7-18

2 KORINTUS 4:7-18 Alkitab Berita Baik (BM)

Tetapi kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah. Dengan demikian nyatalah bahawa kekuasaan tertinggi dimiliki oleh Allah, bukan kami. Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan. Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa. Kami selalu menghadapi ancaman hukuman mati seperti yang dialami oleh Yesus, supaya kehidupan-Nya pun nyata pada tubuh kami. Sepanjang hidup kami, kami sentiasa diancam oleh kematian kerana Yesus, supaya kehidupan Yesus pun nyata pada tubuh kami yang fana. Hal ini bererti bahawa kami sentiasa menghadapi ancaman kematian, tetapi kamu mendapat hidup. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku berkata-kata kerana aku percaya kepada Allah.” Dengan kepercayaan seperti itu, kami pun berkata-kata kerana kami percaya. Kami tahu bahawa Allah yang sudah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian, akan membangkitkan kami juga dengan Yesus, dan membawa kamu serta kami ke hadirat Yesus. Semua ini untuk kebaikan kamu. Kerana semakin banyak orang mengalami rahmat Allah, semakin banyak pula doa kesyukuran yang disampaikan kepada Allah. Dengan demikian Allah dimuliakan. Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari. Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.

2 KORINTUS 4:7-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Tŭtapi adalah kami mŭnaroh bŭndah yang mulia ini kadalam bŭkas bŭkas yang dipŭrbuat deripada tanah, supaya kalempahan kwasanya pulang kapada Allah, bukannya kapada kami. Maka adalah kami ini kŭna kasukaran deripada sagala fiak, akan tŭtapi tiada juga disŭsakkan; bahwa kami ini dikhuatirkan, akan tŭtapi tiada juga putus harap kami. Kami ini diannyayakan, akan tŭtapi tiada ditinggalkan; dan dihŭmpaskan, tŭtapi tiada juga binasa. Maka adalah pada sŭdiakala tuboh kami mŭnanggong bŭrkliling akan kŭmatian Tuhan Isa, supaya kahidopan Isa itu kŭlak bulihlah dinyatakan dalam tuboh kami. Maka kami yang hidop ini slalu disŭrahkan kapada maut ulih kŭrna Isa, supaya kahidopan Isa itu kŭlak dapatlah dinyatakan dalam tuboh kami yang fana ini. Maka sŭbab itulah maut itu bŭrlakukan dalam kami, tŭtapi hidop itu dalam kamu. Maka sŭbab adalah pada kami pun sama pŭrasaan iman spŭrti yang tŭrsurat, Bahwa aku sudah pŭrchaya, maka sŭbab itulah aku bŭrkata kata, maka kita pun ada pŭrchaya, maka sŭbab itulah ada kami bŭrkata kata. Maka sŭbab kita mŭngatahui, bahwa Allah yang tŭlah mŭmbangkitkan Tuhan Isa, iya juga akan mŭmbangkitkan kami pun dŭngan bŭrkat Isa, dan akan mŭnghadapkan kami bŭsŭrta dŭngan kamu pun. Kŭrna sagala pŭrkara ini tŭlah jadi deri kŭrna kamu, supaya anugrah kamewahan itu bulih bŭrtambah kapada kamulian Allah tŭrsŭbab ulih kabanyakan orang mŭmbalas trima kasih. Maka sŭbab itulah tiada kami bŭrlŭlah; tŭtapi mŭskipun binasa orang kami yang disŭblah luar itu, akan tŭtapi orang yang disŭblah dalam itu dibahrui pada tiap tiap hari. Kŭrna kasukaran kami yang ringan pada sa’kutika sahja lamanya, iya itu kŭlak mŭndatangkan bagie kami kamulian yang tŭrlebih lagi lempah sŭrta bratnya; Slama kami tiada mŭmandang akan pŭrkara pŭrkara yang klihatan itu, mŭlainkan pŭrkara pŭrkara yang tiada klihatan: kŭrna pŭrkara yang klihatan itu fana adanya, tŭtapi sagala pŭrkara yang tiada klihatan itu baka adanya.

2 KORINTUS 4:7-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejana tanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri. Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan. Ke mana-mana pun kami pergi, kami sentiasa membawa kematian Yesus dalam tubuh kami, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami. Kami yang masih hidup ini sentiasa diserahkan ke tangan maut demi Yesus, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami yang fana. Oleh itu, maut bekerja dalam diri kami, sebaliknya hidup bekerja dalam dirimu. Namun demikian, oleh sebab kami mempunyai roh iman seperti yang tersurat, “Aku percaya, maka aku bersuara”, kami pun berkata, “Kami percaya, maka kami bersuara.” Kami tahu bahawa Dia yang telah membangkitkan Yesus, Tuhan kita, akan membangkitkan kami juga bersama Yesus, lalu menghadapkan kami bersama kamu kepada-Nya. Semuanya berlaku untukmu; dengan melimpahnya kasih kurnia kepada orang yang kian ramai, melimpah pulalah ucap syukur bagi kemuliaan Allah. Dengan demikian, kami tidak tawar hati. Walaupun manusia lahiriah kami kian merosot, namun manusia batiniah kami diperbaharu setiap hari. Kesusahan yang ringan dan hanya sedetik ini membawa bagi kami kemuliaan yang kekal tanpa bandingan. Kami tidak mementingkan hal-hal yang kelihatan, tetapi hal-hal yang tidak kelihatan; kerana yang kelihatan itu cuma sedetik, manakala yang tidak kelihatan itu kekal.

2 KORINTUS 4:7-18

2 KORINTUS 4:7-18 BM