2 KORINTUS 4:6-7
2 KORINTUS 4:6-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus. Tetapi kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah. Dengan demikian nyatalah bahawa kekuasaan tertinggi dimiliki oleh Allah, bukan kami.
2 KORINTUS 4:6-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna Allah yang tŭlah mŭnyurohkan trang itu bŭrchahya deri dalam glap, maka iya itulah juga yang tŭlah mŭnŭrangkan hati kami, akan mŭmbri trang pŭngatahuan derihal kamulian Allah deripada muka Isa Almasih. Tŭtapi adalah kami mŭnaroh bŭndah yang mulia ini kadalam bŭkas bŭkas yang dipŭrbuat deripada tanah, supaya kalempahan kwasanya pulang kapada Allah, bukannya kapada kami.
2 KORINTUS 4:6-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah telah berfirman, “Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap.” Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita mendapat pengetahuan tentang kemuliaan Allah di wajah Yesus Kristus. Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejana tanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri.