2 KORINTUS 4:6-10
2 KORINTUS 4:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus. Tetapi kami yang memiliki harta rohaniah ini, seperti bekas yang dibuat daripada tanah. Dengan demikian nyatalah bahawa kekuasaan tertinggi dimiliki oleh Allah, bukan kami. Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan. Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa. Kami selalu menghadapi ancaman hukuman mati seperti yang dialami oleh Yesus, supaya kehidupan-Nya pun nyata pada tubuh kami.
2 KORINTUS 4:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna Allah yang tŭlah mŭnyurohkan trang itu bŭrchahya deri dalam glap, maka iya itulah juga yang tŭlah mŭnŭrangkan hati kami, akan mŭmbri trang pŭngatahuan derihal kamulian Allah deripada muka Isa Almasih. Tŭtapi adalah kami mŭnaroh bŭndah yang mulia ini kadalam bŭkas bŭkas yang dipŭrbuat deripada tanah, supaya kalempahan kwasanya pulang kapada Allah, bukannya kapada kami. Maka adalah kami ini kŭna kasukaran deripada sagala fiak, akan tŭtapi tiada juga disŭsakkan; bahwa kami ini dikhuatirkan, akan tŭtapi tiada juga putus harap kami. Kami ini diannyayakan, akan tŭtapi tiada ditinggalkan; dan dihŭmpaskan, tŭtapi tiada juga binasa. Maka adalah pada sŭdiakala tuboh kami mŭnanggong bŭrkliling akan kŭmatian Tuhan Isa, supaya kahidopan Isa itu kŭlak bulihlah dinyatakan dalam tuboh kami.
2 KORINTUS 4:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah telah berfirman, “Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap.” Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita mendapat pengetahuan tentang kemuliaan Allah di wajah Yesus Kristus. Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejana tanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri. Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan. Ke mana-mana pun kami pergi, kami sentiasa membawa kematian Yesus dalam tubuh kami, supaya kehidupan-Nya nyata dalam tubuh kami.