2 KORINTUS 4:4-6
2 KORINTUS 4:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Allah. Kami tidak menyampaikan berita tentang diri kami sendiri. Kami mengisytiharkan Yesus Kristus itu Tuhan, dan kami ini hamba kamu kerana Yesus. Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus.
2 KORINTUS 4:4-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Yang tŭlah dibutakan ulih pŭnghulu dunia ini mata hati orang yang tiada pŭrchaya itu, asal jangan trang kamulian Injil Almasih, yang pŭta Allah itu kŭlak bŭrchahya kapadanya. Kŭrna bukannya kami mŭmashorkan diri kami, mŭlainkan Isa Almasih Tuhan kami; maka kami sŭndiri hamba kamu ulih kŭrna Isa. Kŭrna Allah yang tŭlah mŭnyurohkan trang itu bŭrchahya deri dalam glap, maka iya itulah juga yang tŭlah mŭnŭrangkan hati kami, akan mŭmbri trang pŭngatahuan derihal kamulian Allah deripada muka Isa Almasih.
2 KORINTUS 4:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Fikiran orang yang tidak beriman itu telah dibutakan oleh tuhan pujaan dunia, maka mereka tidak dapat melihat cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus yang merupakan gambaran Allah. Kami tidak menyebarkan berita tentang diri kami, tetapi tentang Yesus Kristus sebagai Tuhan. Diri kami mengabdi kepadamu sebagai hamba kerana Yesus. Allah telah berfirman, “Hendaklah cahaya bersinar dari dalam gelap.” Allah juga yang telah membuat cahaya itu bersinar dalam hati kita, sehingga kita mendapat pengetahuan tentang kemuliaan Allah di wajah Yesus Kristus.