2 KORINTUS 3:2-3
2 KORINTUS 3:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan yang boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang. Jelaslah bahawa kamu seperti surat yang ditulis oleh Kristus dan dikirim melalui kami. Surat ini tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup. Surat itu tidak ditulis pada batu tulis, tetapi pada hati manusia.
2 KORINTUS 3:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa kamulah juga surat kami yang tŭrtulis dalam hati kami, iya itu dikŭnal dan dibacha ulih sagala manusia. Maka tŭlah nyatalah skali, bahwa adalah kamu jadi surat Almasih yang bŭrkhodmat ulih kami, dan tŭrtulis bukannya dŭngan dawat, hanya dŭngan Roh Allah yang hidop, maka bukannya diatas loh loh batu, mŭlainkan diatas loh loh daging, iya itu hati.
2 KORINTUS 3:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamulah surat pujian kami, yang tersurat dalam hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. Kamu adalah surat kiriman Kristus yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh daripada Allah yang hidup; bukan pada loh batu tetapi pada loh daging iaitu hati manusia.