2 KORINTUS 2:14-17
2 KORINTUS 2:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi syukur kepada Allah! Kerana kami hidup bersatu dengan Kristus, kami sentiasa dipimpin oleh Allah untuk menyertai perarakan kemenangan Kristus. Allah menggunakan kami agar berita tentang Kristus tersebar seperti bau yang harum semerbak ke merata tempat. Kami seperti bau kemenyan yang harum, yang dipersembahkan oleh Kristus kepada Allah. Semerbak baunya merebak kepada orang yang sedang diselamatkan dan kepada orang yang sedang menuju kepada kebinasaan. Bagi orang yang sedang menuju kepada kebinasaan, perkhabaran daripada Allah seperti bau kematian yang membunuh. Tetapi bagi orang yang sedang diselamatkan, perkhabaran itu seperti bau harum yang membawa kehidupan. Siapakah yang layak untuk menjalankan tugas itu? Kami bukan seperti kebanyakan orang lain yang memperlakukan Berita Baik daripada Allah, seperti barang niaga yang murah. Tetapi kerana Allah sudah mengutus kami, kami melakukan tugas itu dengan ketulusan di sisi-Nya, sebagai hamba Kristus.
2 KORINTUS 2:14-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang shukorlah bagie Allah yang sŭntiasa mŭngurniakan akan kami kamŭnangan dŭngan bŭrkat Almasih, sŭrta mŭnyatakan lazat pŭngatahuannya ulih kami dalam bŭrbagie bagie tŭmpat. Kŭrna adalah kami ini suatu bahu bahuan yang harum deripada Almasih bagie Allah, baik kapada orang orang bŭrulih slamat, dan baik kapada orang orang yang binasa. Maka kapada sa’orang kita ini bahu bahuan kamatian yang mŭmbawa kapada kamatian, tŭtapi kapada yang lain bahu bahuan slamat yang mŭmbawa kapada slamat; maka siapakah yang chakap akan pŭrkara pŭrkara ini. Kŭrna bukannya kami spŭrti orang banyak, yang mŭrosakkan pŭrkataan Allah: mŭlainkan dŭngan tulos hati, dan spŭrti deripada Allah, dihadapan Allah kami mŭngatakan itu dŭngan bŭrkat Almasih.
2 KORINTUS 2:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi syukur kepada Allah yang sentiasa memimpin kami ke arah kemenangan dalam Kristus, dan melalui kami menyebarkan keharuman pengenalan-Nya di merata-rata; kerana kepada Allah kami adalah keharuman Kristus dalam kalangan mereka yang berada di jalan keselamatan dan mereka yang berada di jalan kebinasaan. Bagi yang berada di jalan kebinasaan, kami seperti bau daripada maut yang membawa maut, manakala bagi yang berada di jalan keselamatan, kami seperti bau daripada hidup yang membawa hidup. Siapakah yang sanggup melaksanakan tugas sedemikian? Kami tidak seperti sebilangan besar orang yang mencari keuntungan daripada firman Allah; sebaliknya, kami berhati ikhlas. Sebagai utusan Allah, kami berkata-kata atas nama Kristus dengan penuh tanggungjawab di hadapan Allah.