2 KORINTUS 2:14-15
2 KORINTUS 2:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi syukur kepada Allah! Kerana kami hidup bersatu dengan Kristus, kami sentiasa dipimpin oleh Allah untuk menyertai perarakan kemenangan Kristus. Allah menggunakan kami agar berita tentang Kristus tersebar seperti bau yang harum semerbak ke merata tempat. Kami seperti bau kemenyan yang harum, yang dipersembahkan oleh Kristus kepada Allah. Semerbak baunya merebak kepada orang yang sedang diselamatkan dan kepada orang yang sedang menuju kepada kebinasaan.
2 KORINTUS 2:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang shukorlah bagie Allah yang sŭntiasa mŭngurniakan akan kami kamŭnangan dŭngan bŭrkat Almasih, sŭrta mŭnyatakan lazat pŭngatahuannya ulih kami dalam bŭrbagie bagie tŭmpat. Kŭrna adalah kami ini suatu bahu bahuan yang harum deripada Almasih bagie Allah, baik kapada orang orang bŭrulih slamat, dan baik kapada orang orang yang binasa.
2 KORINTUS 2:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi syukur kepada Allah yang sentiasa memimpin kami ke arah kemenangan dalam Kristus, dan melalui kami menyebarkan keharuman pengenalan-Nya di merata-rata; kerana kepada Allah kami adalah keharuman Kristus dalam kalangan mereka yang berada di jalan keselamatan dan mereka yang berada di jalan kebinasaan.