2 KORINTUS 12:8-9
2 KORINTUS 12:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu. Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.
2 KORINTUS 12:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa ulih sŭbab pŭrkara itulah tiga kali aku tŭlah mŭmohonkan kapada Tuhan, supaya diundorkannya itu deripada aku. Maka Tuhan tŭlah bŭrfŭrman padaku, Adapun anugrahku itu padalah bagiemu; kŭrna gagahku itu tŭlah mŭnjadi sampornalah dalam kalŭmahan itu. Maka sŭbab itu aku tŭrlebih suka akan mŭmŭgahkan dalam sagala kalŭmahanku, supaya kwasa Almasih itu tinggal atasku.
2 KORINTUS 12:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sudah tiga kali aku memohon kepada Tuhan supaya seksa ini disisihkan daripadaku. Tetapi firman-Nya, “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.” Oleh itu, aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa Kristus menaungiku.