2 KORINTUS 12:7-11
2 KORINTUS 12:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong. Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu. Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku. Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus. Kamu sudah memaksa aku bersikap seperti orang bodoh. Kamulah yang seharusnya memuji aku. Meskipun aku ini bukan sesiapa tetapi aku tidak lebih rendah daripada “rasul-rasul” kamu yang istimewa itu!
2 KORINTUS 12:7-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan supaya jangan aku mŭngatas atas diriku tŭrlampau ulih kŭrna kalempahan sagala kanyataan itu, maka adalah suatu duri dijadikan dalam dagingku, iya itu suatu utus utusan Shietan akan mŭnyuchuk aku, asal jangan aku mŭngatas ataskan diriku bŭrlebih lebihan. Bahwa ulih sŭbab pŭrkara itulah tiga kali aku tŭlah mŭmohonkan kapada Tuhan, supaya diundorkannya itu deripada aku. Maka Tuhan tŭlah bŭrfŭrman padaku, Adapun anugrahku itu padalah bagiemu; kŭrna gagahku itu tŭlah mŭnjadi sampornalah dalam kalŭmahan itu. Maka sŭbab itu aku tŭrlebih suka akan mŭmŭgahkan dalam sagala kalŭmahanku, supaya kwasa Almasih itu tinggal atasku. Maka sŭbab itu aku bŭrgŭmarlah dalam kalŭmahan, dan dalam kachŭlaan, dalam kasukaran, dalam annyaya, dalam kasŭsakkan sŭbab Almasih: kŭrna apabila aku lŭmahlah, maka tŭtkala itulah aku kuat. Maka aku tŭlah mŭnjadi bodoh sŭbab kamŭgahan; tŭtapi kamu ini tŭlah mŭmaksa aku: kŭrna haruslah aku ini tŭlah dipuji ulih kamu: kŭrna dalam barang suatu juapun tiadalah kakoranganku deripada sagala rasul rasul yang tŭrnama itu, mŭskipun aku ini satupun tidak.
2 KORINTUS 12:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitu dilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging, utusan Iblis, untuk menyakitiku. Sudah tiga kali aku memohon kepada Tuhan supaya seksa ini disisihkan daripadaku. Tetapi firman-Nya, “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.” Oleh itu, aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa Kristus menaungiku. Oleh itu, aku rela menanggung pelbagai kelemahan, celaan, kesempitan, penganiayaan dan kesusahan untuk Kristus; kerana apabila aku lemah, ketika itulah aku kuat. Aku telah berbangga selaku orang bodoh. Kamu telah memaksaku berbuat demikian. Sepatutnya kamu memberiku penghargaan; kerana aku tidak kurang daripada rasul-rasul terunggul itu, walaupun aku orang yang tidak penting.