2 KORINTUS 10:1-5
2 KORINTUS 10:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku, Paulus memohon kepada kamu. Orang berkata bahawa aku ini lemah lembut apabila berhadapan dengan kamu, tetapi keras apabila jauh daripada kamu. Dengan kelembutan dan kebaikan hati Kristus, aku memohon supaya kamu tidak memaksa aku bersikap keras terhadap kamu apabila aku datang kelak. Aku tahu bahawa aku boleh bersikap keras terhadap orang yang mengatakan bahawa aku bekerja dengan tujuan duniawi. Memang benar kami ini hidup di dalam dunia, tetapi perjuangan kami tidak berdasarkan tujuan duniawi. Senjata yang kami gunakan dalam perjuangan, bukannya senjata dunia ini, melainkan senjata yang diberikan oleh Allah. Dengan senjata itu kami boleh menghancurkan pertahanan musuh; kami menghapuskan perdebatan dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.

2 KORINTUS 10:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA skarang aku Paulus mŭmohonkan kapada kamu dŭngan rŭndah hati dan lŭmah lŭmbut Almasih, yang pada halir tŭrhina adanya aku ini diantara kamu, tŭtapi diblakang aku brani akan kamu. Maka aku mŭmohonkan, supaya apabila kŭlak aku halir, janganlah aku brani dŭngan katŭntuan, yang spŭrti kusangkakan handak mŭmbranikan diriku kapada bŭbrapa orang yang mŭmikirkan sa’olah olah kami ini mŭlakukan dŭngan mŭnurot hawa nafsu. Kŭrna sungguhpun kami mŭlakukan dalam nafsu itu, tŭtapi tiada kami bŭrprang mŭnurot hawa nafsu: Kŭrna sagala sŭnjata pŭprangan kami itu bukannya hawa nafsu, hanya kwasa deripada Allah akan mŭrobohkan sagala kubu yang tŭgoh tŭgoh; Mŭnyampakkan sangka sangka, dan tiap tiap suatu pŭrkara yang mŭninggikan dirinya akan mŭlawan pŭngatahuan Allah, sŭrta mŭmbawa kapada tawanan tiap tiap fikiran akan mŭnurot Almasih
2 KORINTUS 10:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang aku, Paulus, yang gementar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat Kristus yang lemah lembut dan rendah hati. Aku memohon kepadamu, apabila aku datang nanti, janganlah sampai aku terpaksa menunjukkan keberanian di hadapanmu. Aku memang berniat untuk bertindak begitu terhadap beberapa orang yang menyangka bahawa kami hidup seperti orang duniawi. Walaupun kami hidup di dunia, kami tidaklah berjuang secara duniawi. Senjata-senjata kami bukanlah benda-benda duniawi tetapi kekuatan Ilahi untuk meruntuhkan benteng-benteng, mematahkan hujah-hujah dan segala yang meninggikan diri menentang pengenalan Allah, menundukkan semua fikiran supaya mematuhi Kristus