2 KORINTUS 1:3-4
2 KORINTUS 1:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.
2 KORINTUS 1:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Shukurlah bagie Allah iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dan pohon sagala kamurahan, dan Allah sagala pŭnghiburan. Yang mŭnghiburkan kami dalam sagala kasukaran kami, supaya kami pun dapat mŭnghiburkan pula sagala orang yang dalam barang susah, dŭngan pŭnghiburan yang dihiburkan kami ulih Allah.
2 KORINTUS 1:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.