2 KORINTUS 1:16-22
2 KORINTUS 1:16-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku bercadang hendak melawat kamu dalam perjalananku ke Makedonia dan juga dalam perjalanan kembali supaya kamu dapat membantu aku meneruskan perjalanan ke Yudea. Tetapi aku mengubah rancanganku. Adakah hal itu bererti bahawa pendirianku tidak tetap? Semasa aku mencadangkan sesuatu, adakah aku mementingkan diri sendiri sahaja, kerana sebentar berkata “Ya” dan sebentar “Tidak”? Demi Allah yang dapat dipercayai, janjiku kepada kamu bukanlah “Ya” dan “Tidak.” Hal itu demikian kerana Yesus Kristus, Anak Allah yang diisytiharkan kepada kamu oleh Silas, Timotius dan aku sendiri bukanlah “Ya” dan “Tidak.” Sebaliknya Dia itu jawapan “Ya” daripada Allah, kerana melalui Dia, Allah sudah mengatakan “Ya” kepada semua janji-Nya. Itulah sebabnya melalui Yesus Kristus, kata “Amin” kita ucapkan untuk memuliakan Allah. Allah sendirilah yang menjadikan kami dan kamu teguh bersatu dengan Kristus. Dia juga sudah memilih kita khas untuk diri-Nya sendiri. Untuk mengesahkan kita sebagai milik Allah, Allah mengurniai kita Roh Allah di dalam hati kita. Roh itu jaminan bahawa Allah akan mengurniakan semua yang sudah dijanjikan-Nya kepada kita.
2 KORINTUS 1:16-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan handak mŭlalui nŭgri kamu mŭnuju kaMakadonia, dan balik pula deri Makadonia handak datang kapada kamu, supaya kamu mŭnghantarkan aku kapada pŭrjalananku katanah Yahuda. Maka apabila aku mŭnaroh ingatan yang dŭmkian itu, adakah aku buat buat sahja? atau pŭrkara pŭrkara yang kuniatkan adakah aku niatkan itu munurot hawa nafsu, spŭrti kata aku iya iya, kumdian tidak tidak. Maka adapun bagimana Allah itu bŭnar adanya, bahwa pŭrkataan kami yang datang kapada kamu itupun bukannya iya, bukannya tidak. Kŭrna deri hal Anak Allah, Isa Almasih itu, yang kami mashorkan antara kamu, maskipun ulih aku, dan Silvanus, dan Timothius, bukannya iya, dan bukannya tidak, mŭlainkan dalamnya itu iya adanya. Kŭrna sagala pŭrjanjian Allah dalamnya itu iya adanya, dan dalamnya itu Amin, kapada kamulian Allah deripada kami. Adapun skarang iya itu yang tŭlah mŭnŭtapkan kami bŭsŭrta dŭngan kamu dalam Almasih, dan lagi pun yang tŭlah mŭlantekkan kami, iya itulah Allah adanya. Dan iyalah yang tŭlah mŭmutriekan kami, dan tŭlah mŭngurniakan haluan Roh dalam hati kami.
2 KORINTUS 1:16-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Niatku dahulu ialah singgah di tempatmu dalam perjalanan ke Makedonia, dan dari Makedonia datang ke tempatmu lagi untuk meminta kamu menolongku meneruskan perjalanan ke Yudea. Jika aku merancang begitu, adakah ini menunjukkan aku tidak berpendirian tetap? Atau adakah aku merancang seperti orang duniawi, demikian mudah berkata “ya” dan “tidak” pada saat yang sama? Demi Allah Yang Maha Setia, apa yang kami katakan kepadamu bukanlah “ya” atau “tidak.” Sebabnya Yesus Kristus, Anak Allah yang telah disampaikan berita-Nya kepadamu oleh aku, Silwanus dan Timotius, bukanlah “ya” dan “tidak,” tetapi pada-Nya ada “ya” semata-mata. Yesus adalah “ya” bagi semua janji Allah. Oleh itulah melalui-Nya kita menyebut “Amin” demi kemuliaan Allah. Allah telah menentukan kami bersama kamu dalam Kristus. Dia telah melantik kita, menandakan kita dengan materai-Nya, dan mengurniakan Roh-Nya untuk masuk ke hati kita sebagai jaminan.