2 KORINTUS 1:1-4
2 KORINTUS 1:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat ini daripada Paulus yang dilantik sebagai rasul Yesus Kristus menurut kehendak Allah, dan daripada saudara kita Timotius. Surat ini ditujukan kepada jemaah Allah di Korintus, dan kepada semua umat Allah di seluruh Akhaya. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.
2 KORINTUS 1:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus sa’orang rasul Isa Almasih dŭngan kahandak Allah, dan Timothius saudara kami itu, iya itu datang kapada sidang jŭmaah Allah yang ada dinŭngri Korinthus, sŭrta dŭngan sagala orang salih yang ada didalam sluroh jajahan Akaia. Maka nihmat dan slamat kiranya atas kamu deripada Allah iya itu ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih. Shukurlah bagie Allah iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dan pohon sagala kamurahan, dan Allah sagala pŭnghiburan. Yang mŭnghiburkan kami dalam sagala kasukaran kami, supaya kami pun dapat mŭnghiburkan pula sagala orang yang dalam barang susah, dŭngan pŭnghiburan yang dihiburkan kami ulih Allah.
2 KORINTUS 1:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telah dilantik sebagai rasul Kristus Yesus, dan daripada saudara kita, Timotius, Kepada jemaah di Korintus dan kepada semua orang salih yang tinggal di Akhaya: Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera. Segala puji bagi Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa Yang Maha Pemurah dan Allah sumber segala penghiburan. Dia menghibur kami dalam pelbagai kesusahan, supaya kami pula dapat menghibur orang yang mengalami kesusahan dengan penghiburan yang kami terima sendiri daripada Allah.