2 TAWARIKH 7:11-16
2 TAWARIKH 7:11-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN dan istana, serta segala yang dirancangkannya, TUHAN menampakkan diri lagi kepada Raja Salomo pada malam hari. Dia berfirman kepada Raja Salomo, “Aku telah mendengar doamu, dan Aku menerima Rumah ini sebagai tempat khas untuk mempersembahkan korban kepada-Ku. Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku, tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula. Aku akan menjaga Rumah-Ku ini dan bersedia mendengarkan semua doa yang diucapkan di sini, kerana Aku telah memilihnya dan mengekhaskannya sebagai tempat orang beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.

2 TAWARIKH 7:11-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikianlah Salomo menyelesaikan Bait TUHAN serta istana raja. Dia berhasil melaksanakan segala sesuatu yang terlintas dalam hatinya untuk Bait TUHAN serta istananya. Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Salomo pada malam hari dan berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu dan telah memilih bait ini bagi-Ku untuk kaujadikan tempat mempersembahkan korban. Jika Kututup langit sehingga tidak ada hujan, jika Kuperintahkan belalang melahap hasil bumi, dan jika Kulepaskan wabak penyakit di antara umat-Ku, lalu umat-Ku, yang dipanggil atas nama-Ku, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan mereka yang jahat, maka Aku akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa mereka serta memulihkan negeri mereka. Sekarang mata-Ku terbuka dan telinga-Ku siap mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini. Aku telah memilih dan menyucikan bait ini, supaya nama-Ku tinggal di sana untuk selama-lamanya. Mata-Ku dan hati-Ku akan ada di sana sepanjang masa.