2 TAWARIKH 7:1-3
2 TAWARIKH 7:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas Raja Salomo berdoa, api turun dari langit dan membakar korban-korban yang dipersembahkan, lalu cahaya hadirat TUHAN memenuhi Rumah TUHAN. Oleh sebab Rumah TUHAN penuh dengan cahaya hadirat TUHAN, maka para imam tidak dapat masuk ke dalamnya. Apabila umat Israel nampak api turun dari langit dan cahaya hadirat TUHAN memenuhi Rumah TUHAN, mereka bersujud di lantai lalu menyembah Allah. Mereka memuji Dia bagi kebaikan-Nya dan kasih-Nya yang kekal.
2 TAWARIKH 7:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Salomo selesai berdoa, tiba-tiba turunlah api dari langit melahap korban bakaran dan korban-korban sembelihan itu, lalu kemuliaan TUHAN memenuhi bait itu. Para imam tidak dapat memasuki Bait TUHAN kerana kemuliaan TUHAN memenuhi Bait TUHAN itu. Ketika seluruh orang Israel melihat api itu turun dan kemuliaan TUHAN meliputi bait itu, berlututlah mereka di atas lantai batu dengan menyembamkan muka ke tanah. Mereka sujud menyembah dan mengucap syukur kepada TUHAN, “Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya!”