2 TAWARIKH 32:7-8
2 TAWARIKH 32:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
“Hendaklah kamu yakin dan tabah hati. Jangan takut kepada raja negeri Asyur ataupun tentera yang dipimpinnya. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu. Raja Asyur mempunyai kuasa manusia, tetapi kita mempunyai TUHAN, Allah kita, yang menolong dan berperang bagi kita.” Rakyat digalakkan oleh titah raja mereka.
2 TAWARIKH 32:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Janganlah takut dan janganlah kecut hati terhadap raja Asyur dan terhadap seluruh pasukan yang menyertainya, kerana yang menyertai kita lebih besar daripada yang menyertainya. Yang menyertainya hanyalah tangan manusia, sedangkan yang menyertai kita ialah TUHAN, Allah kita, yang membantu kita dan bertempur dalam peperangan kita.” Bangsa itu pun diyakinkan oleh perkataan Hizkia, raja Yehuda.