2 TAWARIKH 31:20-21
2 TAWARIKH 31:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Di seluruh Yehuda, Raja Hizkia melakukan apa yang adil, yang jujur, dan yang diperkenankan TUHAN, Allahnya. Raja Hizkia berjaya kerana semua yang dilakukannya untuk Rumah TUHAN atau untuk mentaati hukum Taurat, dilaksanakannya dengan sepenuh hati dan dengan kasih kepada Allahnya.
2 TAWARIKH 31:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikianlah perbuatan Hizkia di seluruh Tanah Yehuda. Dia melakukan apa yang baik, tepat, dan benar di hadapan TUHAN, Allahnya. Dalam setiap pekerjaan yang dimulainya, baik dalam hal ibadat di Rumah Allah mahupun dalam hal pelaksanaan hukum Taurat serta perintah untuk mencari Allahnya, dia melakukannya dengan segenap hati sehingga dia cukup berjaya.