2 TAWARIKH 26:14-15
2 TAWARIKH 26:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Uzia melengkapi angkatan perang itu dengan perisai, tombak, topi besi, baju zirah, busur dan panah, serta batu-batu untuk penghumban. Di Yerusalem, para ahli senjatanya mencipta alat yang dapat melepaskan anak panah dan menghumban batu besar dari atas menara dan penjuru tembok kota. Raja Uzia menjadi termasyhur di merata-rata tempat, dan baginda menjadi sangat berkuasa kerana mendapat pertolongan daripada Allah.
2 TAWARIKH 26:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Uzia memperlengkapkan seluruh tentera itu dengan perisai, tombak, ketopong, baju zirah, busur panah, dan batu yang dihumban. Di Yerusalem dia membuat alat-alat perang, rekaan para ahli, yang ditempatkan di atas menara-menara dan penjuru-penjuru untuk menembak anak panah serta batu besar. Maka masyhurlah namanya sampai ke tempat yang jauh, kerana dia ditolong dengan ajaib sehingga menjadi kuat.