2 TAWARIKH 16:7-9
2 TAWARIKH 16:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu itu Nabi Hanani menghadap Raja Asa dan berkata, “Oleh sebab tuanku telah bersandar kepada raja Siria dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allah tuanku, maka hilanglah kesempatan untuk mengalahkan tentera raja Siria. Bukankah tentera Etiopia dan Libia besar bilangannya? Mereka mempunyai kereta kuda dan pasukan berkuda, tetapi kerana tuanku bersandar kepada TUHAN, Dia memberi tuanku kemenangan menentang mereka. TUHAN sentiasa mengawasi seluruh bumi ini dan memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya. Tuanku telah berlaku bodoh, oleh itu mulai sekarang tuanku akan sentiasa berperang.”
2 TAWARIKH 16:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada waktu itu datanglah Hanani, pelihat itu, menghadap Asa, raja Yehuda, dan berkata kepadanya, “Kerana engkau bersandar kepada raja Aram dan tidak bersandar kepada TUHAN, Allahmu, maka luputlah pasukan raja Aram daripada tanganmu. Bukankah dahulu orang Kush dan orang Libia merupakan pasukan besar dengan banyak sekali rata dan pasukan berkuda? Tetapi ketika engkau bersandar kepada TUHAN, Dia menyerahkan mereka ke dalam tanganmu. Sesungguhnya, mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk memberikan kekuatan kepada orang yang tulus hati terhadap-Nya. Dalam hal ini engkau telah bertindak bodoh, kerana itu mulai sekarang engkau akan mengalami peperangan.”