1 TIMOTIUS 6:6-10,17-19
1 TIMOTIUS 6:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki. Adakah kita membawa sesuatu ke dalam dunia ini? Tidak! Dapatkah kita membawa sesuatu ke luar dunia ini? Tidak! Oleh itu, cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan. Orang yang ingin menjadi kaya tergoda dan terjerat oleh bermacam-macam keinginan yang sia-sia dan mencelakakan. Keinginan seperti itu menjatuhkan dan membinasakan orang. Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.
1 TIMOTIUS 6:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Nasihatilah orang yang kaya dengan harta dunia, supaya jangan sombong dan jangan bergantung kepada barang-barang yang tidak tetap, seperti kekayaan. Berharaplah kepada Allah yang mengurniai kita segala sesuatu dengan berlimpah-limpah untuk dinikmati. Nasihatilah mereka supaya berbuat baik, supaya rajin berbuat kebajikan, murah hati, dan suka memberi. Dengan jalan ini mereka mengumpulkan harta yang akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan. Dengan demikian mereka akan mendapat hidup kekal iaitu hidup sejati.
1 TIMOTIUS 6:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun ibadat yang ada bŭsŭrta dŭngan shukor itu, iya itulah laba yang bŭsar adanya. Kŭrna barang suatu jua pun tiada kami mŭmbawa kadalam dunia, sŭsungguhnya tiadalah dapat kami bawa kluar barang apa deripadanya. Jikalau kami bŭrulih makanan dan pakiean, biarlah kami shukor dŭngan itu. Tŭtapi orang orang yang handak kaya itu, iya jatohlah kadalam pŭrchobaan dan jŭrat, dan kadalam bŭbrapa nafsu yang bodoh, dan binchana, yang mŭnŭngglamkan manusia kadalam karosakkan dan kabinasaan, Kŭrna suka akan wang itu, iya itulah akar sagala kajahatan: bŭbrapa orang yang ada tŭmaa akan dia, sŭsatlah deripada iman, dan tŭlah mŭnikamkan dirinya trus dŭngan bŭbrapa kadukaan
1 Timothius 6:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Amanatkanlah baik baik pada orang orang kaya dalam dunia ini, supaya jangan iya mŭmbŭsarkan dirinya, atau janganlah diharapkannya akan kŭkayaan yang tiada tŭntu itu, mŭlainkan kapada Allah yang hidop, yang tŭlah mŭmbri kapada kami dŭngan kŭkayaan sagala sŭsuatu akan mŭnjadi kasukaan. Supaya marika itu bŭrbuat baik, sŭrta mŭnjadi kaya dalam pŭkŭrjaan yang baik, dan sŭdia handak mŭmbahgi, dan suka bŭrjinak jinak. Sŭrta bŭrbŭkal bagie dirinya suatu alas yang baik, pada masa yang akan datang, supaya marika itu bulih mŭnchapie akan slamat kŭkal itu.
1 TIMOTIUS 6:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kesalihan yang disertai dengan rasa puas membawa keuntungan besar. Kita tidak membawa apa-apa ke dalam dunia ini, dan pasti sekali kita tidak dapat membawa apa-apa apabila kita meninggalkannya. Oleh itu, jika kita ada pakaian dan makanan, kita harus berasa puas. Orang yang mahu kaya tergoda dan terperangkap oleh pelbagai keinginan yang sia-sia dan berbahaya, yang menjerumuskannya ke dalam kerosakan dan kemusnahan. Cinta akan wang punca segala kejahatan. Sesetengah orang memburu wang dengan begitu tamaknya sampaikan tersesat daripada iman dan akhirnya menanggung berbagai-bagai kesengsaraan jiwa.
1 Timotius 6:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Perintahkan orang yang kaya pada masa ini supaya jangan angkuh, jangan berharapkan kekayaan yang sebenarnya tidak kekal, tetapi bergantunglah kepada Allah yang hidup, yang melimpahkan segala sesuatu kepada kita untuk dinikmati. Hendaklah mereka berbuat baik, supaya mereka kaya dengan amal kebajikan, sedia memberi, rela berkongsi. Dengan demikian mereka meletakkan asas yang teguh bagi diri mereka untuk hari kemudian supaya mereka dapat hidup kekal kelak.