1 TIMOTIUS 6:3-12

1 TIMOTIUS 6:3-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Sesiapa mengajarkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran benar daripada Tuhan kita Yesus Kristus dan ajaran agama kita, dia sombong dan tidak tahu apa-apa! Keinginannya tidak wajar. Dia suka berdebat dan bertengkar tentang istilah sehingga mengakibatkan kecemburuan, perselisihan, penghinaan, kecurigaan, dan pertengkaran yang tidak habis-habis dengan semua orang yang tidak tahu berfikir dan tidak mengenal apa yang benar. Mereka menyangka dapat menjadi kaya kerana beragama. Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki. Adakah kita membawa sesuatu ke dalam dunia ini? Tidak! Dapatkah kita membawa sesuatu ke luar dunia ini? Tidak! Oleh itu, cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan. Orang yang ingin menjadi kaya tergoda dan terjerat oleh bermacam-macam keinginan yang sia-sia dan mencelakakan. Keinginan seperti itu menjatuhkan dan membinasakan orang. Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita. Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut. Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.

1 TIMOTIUS 6:3-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka jikalau kiranya barang siapa mŭngajar barang pŭngajaran yang lain, dan tiada pula diturotnya akan sagala pŭrkataan yang baik, iya itu pŭrkataan Isa Almasih Tuhan kami, dan akan pŭngajaran yang mŭnuju kapada ibadat, Maka orang itulah chongkak, satu pun tiada iya tahu, mŭlainkan gila iya derihal bŭrsual sual, dan bŭrtŭngkar derihal pŭrkataan pŭrkataan, maka deri sŭbab itulah tŭrbit dŭngki, dan pŭrkŭliehan, dan jŭnis jŭnis maki, dan sangka sangka yang jahat; Dan bŭrbagie bagie pŭrsŭlisihan yang salah deripada orang orang yang rosak akalnya, dan tiada mŭmpunyai kabŭnaran, maka disangkanya laba itulah ibadat. Maka deri pada orang yang sŭmacham itulah undorkanlah dirimu. Adapun ibadat yang ada bŭsŭrta dŭngan shukor itu, iya itulah laba yang bŭsar adanya. Kŭrna barang suatu jua pun tiada kami mŭmbawa kadalam dunia, sŭsungguhnya tiadalah dapat kami bawa kluar barang apa deripadanya. Jikalau kami bŭrulih makanan dan pakiean, biarlah kami shukor dŭngan itu. Tŭtapi orang orang yang handak kaya itu, iya jatohlah kadalam pŭrchobaan dan jŭrat, dan kadalam bŭbrapa nafsu yang bodoh, dan binchana, yang mŭnŭngglamkan manusia kadalam karosakkan dan kabinasaan, Kŭrna suka akan wang itu, iya itulah akar sagala kajahatan: bŭbrapa orang yang ada tŭmaa akan dia, sŭsatlah deripada iman, dan tŭlah mŭnikamkan dirinya trus dŭngan bŭbrapa kadukaan Akan tŭtapi angkau, hie kaum Allah, jauhkanlah sagala pŭrkara itu; turotlah akan kabŭnaran, dan ibadat, dan iman, dan pŭngasihan, dan sabar, dan hati yang lŭmah lŭmbut. Bŭrpranglah akan prang yang baik deri hal iman, dan chapiekanlah akan slamat kŭkal itu, maka dalam hal yang dŭmkianlah angkau tŭlah dipileh, dan tŭlah mŭngaku akan pŭngakuan yang baik dihadapan bŭbrapa saksi.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami