1 TIMOTIUS 6:18-19
1 TIMOTIUS 6:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hendaklah mereka berbuat baik, supaya mereka kaya dengan amal kebajikan, sedia memberi, rela berkongsi. Dengan demikian mereka meletakkan asas yang teguh bagi diri mereka untuk hari kemudian supaya mereka dapat hidup kekal kelak.
1 TIMOTIUS 6:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Nasihatilah mereka supaya berbuat baik, supaya rajin berbuat kebajikan, murah hati, dan suka memberi. Dengan jalan ini mereka mengumpulkan harta yang akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan. Dengan demikian mereka akan mendapat hidup kekal iaitu hidup sejati.
1 TIMOTIUS 6:18-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya marika itu bŭrbuat baik, sŭrta mŭnjadi kaya dalam pŭkŭrjaan yang baik, dan sŭdia handak mŭmbahgi, dan suka bŭrjinak jinak. Sŭrta bŭrbŭkal bagie dirinya suatu alas yang baik, pada masa yang akan datang, supaya marika itu bulih mŭnchapie akan slamat kŭkal itu.