1 TIMOTIUS 5:16-18
1 TIMOTIUS 5:16-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi jika seorang wanita Kristian mempunyai anggota keluarga yang sudah menjadi balu, hendaklah dia memelihara mereka dan tidak membebani jemaah dengan tugas itu. Dengan demikian jemaah dapat menolong balu yang sama sekali tidak mempunyai sanak keluarga. Pemimpin jemaah yang menjalankan tugas dengan baik sebagai pemimpin, layak menerima bayaran dua kali ganda, terutama sekali mereka yang rajin berkhutbah dan mengajar. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Janganlah berangus mulut lembu yang sedang mengirik biji-bijian,” dan juga, “Orang yang bekerja layak menerima upah.”
1 TIMOTIUS 5:16-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Jikalau barang sa’orang laki laki atau pŭrampuan yang bŭriman, ada mŭnaroh pŭrampuan janda, maka biarlah marika itu mŭnanggong akan dia, tŭtapi jangan ditanggong ulih sidang jŭmaah akan dia; supaya pŭrampuan pŭrampuan janda yang bŭtol itu sahja bulih ditanggong ulih sidang jŭmaah. Maka biarlah kiranya orang tua tua yang mŭmrentahkan baik baik itu, layak dibri hormat dua kali gandah, estimewa pula orang yang mŭngajarkan pŭrkataan Injil sŭrta dŭngan pŭngajaran agama. Kŭrna kata kitab, janganlah angkau sŭngkang mulot lŭmbu yang mŭngirek gandom, dan orang yang bŭkŭrja itu pun layaklah mŭndapat upahnya.
1 TIMOTIUS 5:16-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekiranya seseorang perempuan yang beriman mempunyai ahli keluarga yang kematian suami, dia harus menjaga mereka dan tidak membebani jemaah dengan tanggungjawab itu. Dengan demikian jemaah dapat membantu balu yang tidak ada tempat untuk bergantung. Tua-tua yang melaksanakan kewajipannya dengan sempurna layak menerima penghormatan tinggi, terutamanya yang giat menyampaikan firman dan ajaran. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Jangan berangus mulut lembu yang sedang mengirik bijian,” dan “Orang yang bekerja layak menerima upah.”