1 TIMOTIUS 4:7-10
1 TIMOTIUS 4:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Jauhkanlah dirimu daripada cerita-cerita tahayul yang jahat dan sia-sia. Latihlah dirimu untuk kehidupan yang beribadat. Latihan jasmani ada faedahnya, tetapi latihan rohani sangat berfaedah dalam segala hal, kerana latihan rohani memberikan faedah kepada hidup kita baik sekarang mahupun pada masa yang akan datang. Kata-kata ini sungguh benar dan harus benar-benar diterima serta dipercayai. Kita berjuang dan bekerja keras, kerana kita berharap sepenuhnya kepada Allah yang hidup, Penyelamat semua orang, terutama sekali orang yang percaya kepada-Nya.
1 TIMOTIUS 4:7-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi handaklah angkau tolakkan sagala pŭrkataan yang sia sia, dan chŭrtra yang bukan bukan, deripada pŭrampuan yang tua tua, dan usahakanlah dirimu dalam bŭrbuat ibadat. Kŭrna usaha tuboh itu sŭdikit sahja gunanya: tŭtapi ibadat itu bŭrguna kapada sagala pŭrkara, sŭbab iya itu ada mŭmpunyai pŭrjanjian hidop, dunia dan akhirat. Bahwa inilah pŭrkataan yang sŭtiawan, dan yang patut skali kali ditrima. Kŭrna deri sŭbab itulah kami bŭrlŭlah, dan kŭna umpat sŭbab kami harap juga kapada Allah; yang hidop yang mŭnjadi pŭnulong kapada sagala manusia, estimewa pula kapada orang yang bŭriman.
1 TIMOTIUS 4:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jauhilah cerita-cerita yang bercorak duniawi dan karut, serta latihlah diri menjadi orang yang salih. Latihan jasmani ada faedahnya, tetapi kesalihan berfaedah dalam segala hal, kerana memuat janji baik bagi kehidupan sekarang ataupun kehidupan akan datang. Kata-kata ini benar dan harus diterima sepenuhnya. Kita bekerja keras dan berjuang, kerana kita yakin kepada Allah yang hidup, Penyelamat semua manusia, terutamanya mereka yang beriman.