1 TIMOTIUS 4:12-16
1 TIMOTIUS 4:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci. Sementara itu sehingga aku datang kelak, gunakanlah masamu dengan membaca Alkitab kepada jemaah, dan berkhutbah serta mengajar. Janganlah abaikan pemberian yang dikurniakan oleh Allah kepadamu pada masa nabi-nabi menyampaikan perkhabaran Allah tentang dirimu, dan para pemimpin jemaah memberkatimu dengan meletakkan tangan pada kepalamu. Lakukanlah semuanya tanpa mengenal lelah, supaya kemajuanmu dilihat oleh semua orang. Berhati-hatilah dengan dirimu sendiri dan ajaranmu. Jika engkau selalu melakukannya, engkau akan menyelamatkan baik dirimu sendiri mahupun orang yang mendengar engkau.
1 TIMOTIUS 4:12-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah barang sa’orang mŭnghinakan mudamu; mŭlainkan handaklah angkau mŭnjadi tauladan bagie sagala orang yang bŭriman, iya itu baik dŭngan pŭrkataan, baik deripada klakuan, baik deri hal pŭngasihan, baik dŭngan Roh, baik dŭngan iman, atau baik dŭngan kasuchian. Maka handaklah angkau usahakan dirimu, dalam mŭmbacha, dan mŭmbri nasihat, dan mŭngajar, sahingga aku datang. Maka janganlah angkau alpakan akan anugrah, yang ada dalam dirimu yang tŭlah dikurniakan padamu, dŭngan nabuatan, sŭrta mŭmbuboh tangan pŭrhimponan orang tua tua ka’atasmu. Taroh tarohlah dalam fikiranmu akan sagala pŭrkara ini; sŭrta sŭrahkanlah dirimu bulat bulat kapadanya; supaya kauntonganmu itu nyata kapada sagala orang. Maka ingatlah akan dirimu, dan akan pŭngajaran itu; dan tŭtaplah angkau dalamnya: kŭrna apabila angkau bŭrbuat dŭmkian, maka angkau kŭlak akan tŭrplihara dirimu sŭndiri, sŭrta orang orang yang mŭnŭngar pŭrkataanmu itu.
1 TIMOTIUS 4:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan biarkan sesiapa menghinamu kerana usiamu yang muda. Jadikan dirimu teladan kepada semua orang beriman dari segi kata-kata, kelakuan, kasih, iman dan kesucian. Hingga aku datang nanti, tumpukan perhatian kepada membaca Kitab Suci di khalayak ramai, menyampaikan firman dan mengajar orang. Jangan lalai dalam menggunakan kurnia yang diberikan kepadamu melalui nubuat ketika sekumpulan tua-tua jemaah meletakkan tangan ke atasmu. Lakukanlah hal-hal ini dengan rajin. Curahkan seluruh keupayaan dirimu kepadanya, supaya kemajuanmu jelas di mata semua orang. Berhematlah tentang dirimu dan ajaranmu. Lakukan terus-menerus, kerana dengan demikian engkau akan menyelamatkan dirimu dan mereka yang mendengar kata-katamu.