1 TIMOTIUS 3:12-13
1 TIMOTIUS 3:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Seorang penolong jemaah mesti mempunyai seorang isteri sahaja. Dia mesti tahu mendidik anak-anaknya dan mengurus rumah tangganya dengan baik. Pembantu jemaah yang menjalankan tugas dengan baik akan dihormati, dan mereka dapat bercakap dengan kewibawaan tentang kepercayaan mereka kepada Kristus Yesus.
1 TIMOTIUS 3:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka handaklah ada sagala orang orang bilal itu yang bŭristri satu, dan yang mŭmrentahkan anak buahnya, dan rumah tangganya dŭngan spatutnya. Kŭrna orang yang tŭlah mŭlakukan jawatan bilal itu, maka marika itu kŭlak bŭrulih bagie dirinya suatu pangkat yang baik, dan bŭsar brani dalam iman akan Isa Almasih.
1 TIMOTIUS 3:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setiap penolong jemaah haruslah orang yang hanya beristeri satu dan mendidik anak-anak serta mengurus rumah tangga dengan baik. Penolong jemaah yang telah menjalankan tugas dengan baik akan dihormati dan menjadi amat yakin dalam iman dalam Kristus Yesus.