1 TESALONIKA 5:16-22
1 TESALONIKA 5:16-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Janganlah halang Roh Allah. Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah. Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik, dan jauhilah segala macam kejahatan.
1 TESALONIKA 5:16-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrsukachitalah kamu pada sŭdiakala. Bŭrdoalah kamu dŭngan tiada bŭrkaputusan. Mŭnguchap shukorlah pada Allah dalam sagala pŭrkara: kŭrna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih derihal kamu. Janganlah kamu padamkan akan Roh itu. Janganlah kamu hinakan nabuatan. Slidiklah akan sagala pŭrkara; pŭganglah akan yang baik. Maka lŭpaskanlah diri kamu deripada sagala yang tampak jahat.
1 TESALONIKA 5:16-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersukacitalah sentiasa. Berdoalah sepanjang masa. Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus. Janganlah padamkan kemarakan api Roh Kudus. Janganlah hinakan nubuat. Uji setiap perkara. Berpegang teguh pada yang baik. Jauhilah segala bentuk kejahatan.