1 TESALONIKA 5:15-28
1 TESALONIKA 5:15-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang. Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Janganlah halang Roh Allah. Janganlah hina perkhabaran-perkhabaran yang diberikan oleh Roh Allah. Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik, dan jauhilah segala macam kejahatan. Semoga Allah yang mengurniai kita kesejahteraan, menjadikan kamu sungguh-sungguh hidup khas untuk Allah. Semoga Allah menjaga roh, jiwa, dan tubuh kamu, sehingga tidak bercacat cela pada masa Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. Allah yang memanggil kamu akan melakukan hal itu, kerana Dia setia. Doakanlah kami, saudara-saudara seiman. Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara Kristian. Dengan kuasa Tuhan, aku menggesa kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman. Semoga Tuhan kita Yesus Kristus memberkati kamu semua.
1 TESALONIKA 5:15-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ingatlah supaya jangan barang sa’orang jua pun mŭmbalas jahat itu dŭngan jahat kapada barang sa’orang; mŭlainkan pada sŭdiakala handaklah kamu mŭnurot yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang. Bŭrsukachitalah kamu pada sŭdiakala. Bŭrdoalah kamu dŭngan tiada bŭrkaputusan. Mŭnguchap shukorlah pada Allah dalam sagala pŭrkara: kŭrna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih derihal kamu. Janganlah kamu padamkan akan Roh itu. Janganlah kamu hinakan nabuatan. Slidiklah akan sagala pŭrkara; pŭganglah akan yang baik. Maka lŭpaskanlah diri kamu deripada sagala yang tampak jahat. Maka bahwasanya Allah pohon sŭjahtra itu, mŭnyuchikan kiranya kamu dŭngan sampornanya; dan lagi kupohonkan sagala Roh, dan nyawa, dan tuboh kamu, dipliharakan dŭngan tiada bŭrsalah sampie kapada kadatangan Tuhan kami Isa Almasih. Sŭtiawanlah kiranya yang tŭlah mŭnjŭmpot kamu, maka iyalah juga akan bŭrbuat itu. Doakanlah akan kami saudara saudara. Brilah sŭlam pada sagala saudara sŭrta chium yang suchi. Aku pohonkan kapada kamu dŭmi Tuhan, handaklah surat ini dibachakan kapada sagala saudara saudara yang suchi. Maka nihmat Tuhan kami Isa Almasih atas kamu. Amin. ¶ Tŭrmaktob surat yang pŭrtama ini yang dikirimkan kapada orang Thessalonika deri nŭgri Athen.
1 TESALONIKA 5:15-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang. Bersukacitalah sentiasa. Berdoalah sepanjang masa. Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus. Janganlah padamkan kemarakan api Roh Kudus. Janganlah hinakan nubuat. Uji setiap perkara. Berpegang teguh pada yang baik. Jauhilah segala bentuk kejahatan. Semoga Allah damai sejahtera menyucikanmu dengan sempurna dan memelihara roh, jiwa dan jasadmu, agar tidak ada cacat cela ketika Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali. Dia yang memanggil kamu itu setia, dan Dia akan melakukannya. Saudara-saudara, doakanlah kami. Bersalamanlah dengan ciuman suci apabila bertemu dengan saudara-saudara seiman. Dengan nama Tuhan aku menyeru kamu supaya membacakan surat ini kepada semua saudara seiman. Semoga kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai kamu.