1 TESALONIKA 5:15-18
1 TESALONIKA 5:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang. Hendaklah kamu sentiasa bersukacita, dan berdoalah sentiasa. Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
1 TESALONIKA 5:15-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ingatlah supaya jangan barang sa’orang jua pun mŭmbalas jahat itu dŭngan jahat kapada barang sa’orang; mŭlainkan pada sŭdiakala handaklah kamu mŭnurot yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang. Bŭrsukachitalah kamu pada sŭdiakala. Bŭrdoalah kamu dŭngan tiada bŭrkaputusan. Mŭnguchap shukorlah pada Allah dalam sagala pŭrkara: kŭrna inilah kahandak Allah bagie Isa Almasih derihal kamu.
1 TESALONIKA 5:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang. Bersukacitalah sentiasa. Berdoalah sepanjang masa. Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus.