1 TESALONIKA 5:11-15
1 TESALONIKA 5:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, hendaklah kamu saling menggalakkan dan saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini. Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya menghormati mereka yang bekerja di kalangan kamu. Mereka memimpin dan menasihati kamu dalam kehidupan kamu sebagai orang Kristian. Perlakukanlah mereka dengan penuh hormat dan kasihilah mereka, kerana semuanya yang dilakukan oleh mereka. Hendaklah kamu hidup rukun. Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu ditolong, dan bersabar terhadap semua orang. Janganlah seorang pun membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi kamu harus sentiasa berusaha untuk saling berbuat baik dan menolong semua orang.
1 TESALONIKA 5:11-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu hiburkanlah dirimu bŭrsama sama, dan pŭrbaikilah sa’orang akan sa’orang, spŭrti yang kamu biasa bŭrbuat. Maka kami mŭminta kapada kamu, saudara saudara, mŭngŭnal akan orang orang yang bŭrlŭlah diantara kamu, dan yang mŭmŭgang prentah kamu dalam agama Tuhan, dan yang mŭmbri nasihat pada kamu. Maka handaklah kamu pula mŭngindahkan akan marika itu dŭngan kasih yang sa’baik baiknya deri kŭrna pŭkŭrjaannya, dan biarlah pula kamu dalam pŭrdamiean sa’orang akan sa’orang. Maka skarang pun kami mŭmbri nasihat kapada kamu, saudara saudara, ingatkanlah ulihmu akan orang orang yang ta’bŭrkŭtahuan laku, dan hiburkanlah orang yang lŭmah hati, sokonglah akan orang orang yang lŭmah, sŭrta sabarkanlah bagie sagala orang. Maka ingatlah supaya jangan barang sa’orang jua pun mŭmbalas jahat itu dŭngan jahat kapada barang sa’orang; mŭlainkan pada sŭdiakala handaklah kamu mŭnurot yang baik, baik diantara dirimu, baik diantara sagala orang.
1 TESALONIKA 5:11-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh yang demikian, hendaklah kamu saling menggalakkan dan meneguhkan, sebagaimana yang kamu lakukan sekarang. Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu supaya menghormati orang yang berjerih payah dalam kalanganmu, memimpin dan menasihatimu dalam Tuhan. Layanilah mereka dengan sepenuh hormat dan kasihilah mereka kerana segala yang diusahakan oleh mereka. Hiduplah bersama-sama dalam aman damai. Saudara-saudaraku, kami menyeru kamu, berilah amaran kepada orang yang melanggar peraturan, tetapkan hati orang yang takut, tolong orang yang lemah, dan bersabar terhadap semua. Pastikan jangan sesiapa membalas kejahatan dengan kejahatan. Berusahalah ke arah kebaikan bagi dirimu dan semua orang.