1 TESALONIKA 4:14-16
1 TESALONIKA 4:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kita percaya bahawa Yesus sudah mati dan hidup semula. Demikian juga kita percaya bahawa mereka yang percaya kepada Yesus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan semula oleh Allah supaya hidup bersama-sama Yesus. Yang kami beritahukan kepada kamu ini ajaran Tuhan: Pada hari Tuhan datang kelak, kita yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah meninggal dunia. Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu.
1 TESALONIKA 4:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna jikalau kami pŭrchaya Isa itu tŭlah mati dan tŭlah hidop pula, maka dŭmkianlah juga kŭlak marika itupun yang mangkat bŭradu dŭngan bŭrkat Isa, iya itu dibawa Allah kapadanya. Kŭrna pŭrkataan kami ini kapada kamu dŭngan fŭrman Tuhan, adapun kami ini yang ada hidop sŭrta tinggal sampie kapada kadatangan Tuhan itu, tiada akan mŭndahului akan orang orang yang adalah mangkat bŭradu adanya. Kŭrna Tuhan sŭndiri akan datang deri dalam shorga dŭngan tŭmpek, dan dŭngan swara pŭnghulu mŭliekat, dan dŭngan sangkakala Allah, maka sagala orang yang tŭlah mati dŭngan bŭrkat Almasih itu akan bŭrbangkit dahulu.
1 TESALONIKA 4:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Allah untuk hidup bersama-Nya. Inilah ajaran Tuhan yang kami sampaikan kepadamu bahawa pada hari kedatangan Tuhan yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah mati. Pada waktu itu, Tuhan akan turun dari syurga dengan satu seruan yang kuat, dengan suara malaikat agung, dan dengan sangkakala Allah. Mereka yang telah mati dalam Kristus akan dibangkitkan terlebih dahulu.