1 TESALONIKA 4:1-7
1 TESALONIKA 4:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya, saudara-saudaraku, kami telah memberikan teladan kepada kamu tentang cara hidup yang menyenangkan hati Allah. Aku tahu bahawa memang demikianlah cara kamu hidup. Tetapi sekarang demi nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menggesa kamu supaya berbuat lebih daripada hal itu. Aku berkata demikian kerana kamu mengetahui petunjuk-petunjuk yang telah kami berikan kepada kamu dengan kuasa Tuhan Yesus. Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul. Setiap orang lelaki antara kamu harus tahu bagaimana hidup bersama-sama isterinya dengan cara yang menyenangkan hati Allah dan manusia, serta tidak mengikut hawa nafsu, seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah. Dalam hal seperti ini, janganlah seorang pun berbuat salah terhadap saudaranya, ataupun memperdayakan dia. Kami telah memberitahu kamu hal ini dahulu dan telah memberikan amaran yang keras kepada kamu bahawa Tuhan akan menghukum orang yang melakukan kesalahan seperti itu. Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul, tetapi supaya kita hidup dengan cara yang menyenangkan hati Allah.
1 TESALONIKA 4:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
TAMBAHAN pula, saudara saudara, kami pinta sŭrta mŭnasihatkan kamu dŭngan bŭrkat Tuhan Isa, bahwa spŭrti yang kamu sudah mŭnŭrima deripada kami, iya itu bŭtapa patut kamu jalankan dan mŭmbuat kŭrelaan Allah, dŭmkianlah handaknya kamu bŭrtambah makin makin lebih. Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, hukum hukum apakah yang kami tŭlah mŭmbri kapada kamu ulih Tuhan Isa. Kŭrna inilah kahandak Allah, iya itu deri hal kasuchianmu, supaya kamu patut tŭrplihara deripada zinah. Supaya tiap tiap orang deripada kamu patut mŭngatahui bagimana mŭmpliharakan bŭjananya dalam kasuchian dan kamulian. Bukannya dŭngan kainginan hawa nafsu, spŭrti pŭrbuatan orang sŭsat yang tiada mŭngatahui Allah. Maka janganlah barang sa’orang juapun mŭliwat, dan mŭmpŭrdayakan saudaranya dalam barang pŭrkara: kŭrna Tuhanlah mŭnjadi pŭmbalas akan sagala orang yang dŭmkian, spŭrti kami pun sudah mŭngingatkan dan bŭrsaksi kapada kamu. Kŭrna bukannya kami ini dijŭmpot Allah akan bŭrbuat nŭjis, mŭlainkan bŭrbuat suchi.
1 TESALONIKA 4:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhirnya, saudara-saudaraku, dengan nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menyeru kamu sebagaimana yang kamu pelajari daripada kami supaya kamu menegakkan cara hidup yang diredai Allah. Sebagaimana yang telah kamu lakukan sedemikian, lakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh. Kamu mengetahui petunjuk-petunjuk yang telah kami berikan kepadamu melalui Tuhan Yesus. Allah menghendakimu hidup suci dan menjauhkan diri daripada perbuatan cabul. Hendaklah kamu masing-masing tahu bagaimana mengawal tubuh badan sendiri dan hidup dalam kesucian dan kehormatan, serta tidak menurut hawa nafsu seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak mengenal Allah. Janganlah sesiapa berbuat salah kepada saudaranya atau memperdayanya dalam hal ini. Kami telah menyatakan ini kepadamu dahulu dan memberikan amaran keras bahawa Tuhan akan menimpakan pembalasan kepada orang yang melakukan kesalahan demikian. Allah tidak memanggil kita supaya hidup cabul tetapi agar hidup dalam kesucian.