1 TESALONIKA 4:1
1 TESALONIKA 4:1 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya, saudara-saudaraku, kami telah memberikan teladan kepada kamu tentang cara hidup yang menyenangkan hati Allah. Aku tahu bahawa memang demikianlah cara kamu hidup. Tetapi sekarang demi nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menggesa kamu supaya berbuat lebih daripada hal itu.
1 TESALONIKA 4:1 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
TAMBAHAN pula, saudara saudara, kami pinta sŭrta mŭnasihatkan kamu dŭngan bŭrkat Tuhan Isa, bahwa spŭrti yang kamu sudah mŭnŭrima deripada kami, iya itu bŭtapa patut kamu jalankan dan mŭmbuat kŭrelaan Allah, dŭmkianlah handaknya kamu bŭrtambah makin makin lebih.
1 TESALONIKA 4:1 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhirnya, saudara-saudaraku, dengan nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menyeru kamu sebagaimana yang kamu pelajari daripada kami supaya kamu menegakkan cara hidup yang diredai Allah. Sebagaimana yang telah kamu lakukan sedemikian, lakukannya dengan lebih bersungguh-sungguh.