1 TESALONIKA 3:11-13
1 TESALONIKA 3:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan kita Yesus, membuka jalan bagi kami untuk berjumpa dengan kamu! Semoga Tuhan menyebabkan kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang, sehingga kasih kamu kepada orang lain seperti kasih kami kepada kamu. Dengan cara ini Tuhan akan menguatkan hati kamu, sehingga kamu akan menjadi suci dan tidak bercela di hadirat Allah Bapa kita, pada waktu Tuhan kita Yesus datang dengan semua orang yang menjadi milik-Nya.
1 TESALONIKA 3:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Skarang biarlah kiranya Allah sahja, iya itu Ayah kami, dan Tuhan kami Isa Almasih mŭnyampiekan jalan kami kapada kamu. Maka Tuhanlah kŭlak akan mŭnambahi dan mŭlempahkan kamu dalam bŭrkasih kasihan sa’orang akan sa’orang, dan pada sagala orang, sungguh pun spŭrti klakuan kami kapada kamu. Pada akhirnya, supaya Tuhan bulih mŭnŭtapkan hati kamu dalam kasuchiannya dŭngan tiada bŭrkŭchŭlaan dihadapan Allah, iya itu Ayah kami, pada masa kadatangan Tuhan kami Isa Almasih, sŭrta dŭngan sagala orang orang salihnya.
1 TESALONIKA 3:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semoga Allah dan Bapa kita, dan Yesus, Tuhan kita melorongkan pertemuan kita. Semoga Tuhan menjadikanmu semakin kasih-mengasihi dan semakin mengasihi sesama manusia sebagaimana kami mengasihimu. Dengan demikian Tuhan akan memperteguh hatimu sehingga kamu menjadi suci, tiada cacat cela di hadapan Allah Bapa kita semasa Tuhan kita Yesus datang dengan semua pengikut-Nya yang salih.