1 TESALONIKA 2:1-4
1 TESALONIKA 2:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, kamu sendiri tahu bahawa lawatan kami kepada kamu tidak sia-sia. Kamu tahu bahawa kami dianiaya dan dihina di Filipi, sebelum kami datang kepada kamu di Tesalonika. Meskipun kami mengalami tentangan, Allah kita mengurniai kami keberanian untuk memberitahu kamu Berita Baik yang datang daripada-Nya. Rayuan kami kepada kamu tidak berdasarkan kesilapan ataupun maksud yang tidak murni. Kami juga tidak cuba memperdaya sesiapa pun. Sebaliknya kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami.
1 TESALONIKA 2:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KŬRNA kamu saudara saudara, sŭndiri tŭlah mŭngatahui derihal kŭdatangan kami kapada kamu itu, bahwa iya itu bukannya dŭngan sia sia adanya. Tŭtapi mŭskipun kumdian dahulu deripada kami tŭlah mŭrasai, sŭrta dilakukan atas kami dŭngan klakuan yang tiada malu diFilippi, yang spŭrti kamu kŭtahui, maka kami brani juga kŭrna Allah, bŭrkata kata kapada kamu akan Injil Allah dŭngan banyak pŭrbantahan. Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya; Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami.
1 TESALONIKA 2:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudaraku, kamu tahu bahawa kunjungan kami kepadamu tidak sia-sia. Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu. Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang kotor mahupun usaha untuk memperdayamu. Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami.