1 TESALONIKA 1:2-3
1 TESALONIKA 1:2-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua. Setiap kali kami berdoa kepada Allah, kami sentiasa mendoakan kamu. Apabila kami berdoa kepada Allah dan Bapa kita, kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus.
1 TESALONIKA 1:2-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah kami mŭnguchap shukor kapada Allah pada sŭdiakala, sŭbab kamu skalian, sŭrta mŭnyŭbutkan hal kamu dalam sagala doa kami; Sŭrta ingat dŭngan tiada bŭrkaputusan derihal pŭrbuatan iman kamu, dan kalŭlahan kasih, sŭrta sabar deri kŭrna harap kamu bagie Tuhan kami Isa Almasih, kahalrat Allah, iya itu Ayah kami.
1 TESALONIKA 1:2-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa kami. Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan sepenuh harapan kepada Tuhan Yesus Kristus kita di hadapan Allah Bapa kita.