1 SAMUEL 9:25-27
1 SAMUEL 9:25-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Selepas itu mereka pergi dari tempat ibadat lalu masuk ke kota. Saul diberikan tempat tidur di atas bumbung rumah, lalu dia tidur di situ. Apabila fajar menyingsing, Samuel memanggil Saul yang berada di atas bumbung rumah, “Bangunlah,” katanya. “Saya hendak menghantar kamu pergi.” Saul bangun, lalu berangkat bersama-sama Samuel. Ketika mereka sampai di pinggir kota, Samuel berkata kepada Saul, “Suruhlah hambamu berjalan dahulu.” Kemudian hamba itu pergi, dan Samuel berkata lagi, “Berhentilah di sini sebentar. Aku hendak memberitahukan firman Allah kepadamu.”
1 SAMUEL 9:25-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah mereka turun dari bukit pemujaan ke dalam kota, Samuel bercakap dengan Saul di atas bumbung rumah. Mereka bangun pagi-pagi. Kira-kira pada waktu fajar menyingsing, Samuel memanggil Saul yang berada di atas bumbung rumah itu, katanya, “Bangunlah, aku akan melepaskan pemergianmu.” Saul pun bangun, lalu kedua-duanya, iaitu Saul dan Samuel, pergi keluar. Sementara mereka turun ke hujung kota itu, berkatalah Samuel kepada Saul, “Suruhlah pelayanmu berjalan mendahului kita,” maka berjalanlah pembantu itu, “tetapi engkau, berhentilah sebentar. Aku akan memberitahumu firman TUHAN.”