1 SAMUEL 3:8-10
1 SAMUEL 3:8-10 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN memanggil Samuel pada kali ketiga, lalu Samuel bangun dan pergi kepada Eli. Dia berkata, “Tuan memanggil saya, lalu saya datang.” Kemudian Eli sedar bahawa TUHAN yang memanggil anak itu. Oleh itu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah tidur. Jika engkau dipanggil lagi, jawablah, ‘Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.’ ” Lalu Samuel balik ke tempat tidurnya. Kemudian TUHAN datang dan berdiri di tempat itu serta memanggil dia lagi, “Samuel! Samuel!” Samuel menjawab, “Berfirmanlah, ya TUHAN. Hamba-Mu mendengar.”
1 SAMUEL 3:8-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian TUHAN memanggil Samuel sekali lagi, buat kali ketiganya. Samuel pun bangunlah, lalu pergi mendapatkan Eli seraya katanya, “Ya, aku ada di sini, bukankah tuan memanggil aku?” Maka mengertilah Eli bahawa TUHAN yang memanggil anak itu. Lalu Eli berkata kepada Samuel, “Pergilah berbaring. Nanti, jika Dia memanggil engkau, katakanlah, ‘Ya TUHAN, berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.’ ” Maka pergilah Samuel berbaring di tempatnya. TUHAN pun hadir dan memanggilnya seperti yang sudah-sudah, “Samuel! Samuel!” Jawab Samuel, “Berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya.”