1 SAMUEL 25:14-17
1 SAMUEL 25:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Sementara itu salah seorang pekerja Nabal berkata kepada Abigail, isteri Nabal, “Sudahkah puan mendengar tentang hal yang terjadi? Daud menyuruh beberapa orang utusan dari padang gurun untuk menyampaikan salam kepada tuan kita. Tetapi tuan kita menghina mereka, padahal mereka sangat baik terhadap kami dan tidak pernah mengganggu kami. Pada waktu kami bersama-sama mereka di padang gurun, tiada suatu apa pun milik kami yang dicuri. Mereka melindungi kami siang dan malam selama kami menggembalakan domba dekat mereka. Oleh itu fikirlah baik-baik apa yang harus dilakukan! Perkara ini mungkin mendatangkan bencana kepada tuan kita dan seluruh keluarganya. Tuan kita sangat keras kepala sehingga tidak mahu mendengar nasihat sesiapa pun!”
1 SAMUEL 25:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akan tetapi, seorang pembantu memberitahu Abigail, isteri Nabal, demikian, “Daud mengirimkan beberapa orang utusan dari gurun untuk mengucapkan salam kepada tuan kami, tetapi tuan memaki hamun mereka. Padahal orang itu sangat baik terhadap kami. Kami tidak diusik dan tidak kehilangan apa-apa pun selama kami bergaul dengan mereka di padang. Bahkan, selama kami menggembala domba berdekatan dengan mereka, mereka seperti tembok pelindung bagi kami, baik malam mahupun siang. Sekarang, fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa yang harus puan lakukan, kerana mereka telah merancang untuk mendatangkan kecederaan terhadap tuan kami dan terhadap seluruh keluarganya. Tuan memang seorang yang berkelakuan jahat yang tidak dapat dibawa berbincang.”