1 SAMUEL 24:5-6
1 SAMUEL 24:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Anak buah Daud berkata kepadanya, “Inilah kesempatan tuan. Bukankah TUHAN sudah berfirman kepada tuan demikian, ‘Musuhmu akan Kuserahkan kepadamu, buatlah sesuka hatimu terhadap dia.’ ” Kemudian Daud menyelinap ke tempat Raja Saul dan dengan diam-diam memotong sedikit daripada tepi jubah Raja Saul. Tetapi setelah itu, Daud berasa bersalah kerana dia telah melakukan hal itu.
1 SAMUEL 24:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian berdebar-debarlah hati Daud, kerana dia telah memotong bucu jubah Saul. Lalu berkatalah dia kepada anak buahnya, “TUHAN melarang aku melakukan hal sebegitu terhadap tuanku, orang yang dilantik TUHAN, atau mencederakan dia, kerana dia dilantik TUHAN.”