1 SAMUEL 19:4-6
1 SAMUEL 19:4-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud kepada Raja Saul, katanya, “Ayah, janganlah celakakan Daud, hamba ayah. Dia tidak berbuat kesalahan apa-apa terhadap ayah; sebaliknya, dia sudah berjasa banyak kepada ayah. Dia telah mempertaruhkan nyawanya ketika dia membunuh Goliat, dan TUHAN telah memberikan kemenangan yang besar kepada Israel. Ayah sendiri telah menyaksikannya, dan ayah berasa gembira pada waktu itu. Mengapakah sekarang ayah hendak menganiaya seorang yang tidak bersalah, dan mahu membunuh Daud tanpa sebab?” Raja Saul insaf setelah mendengar kata-kata Yonatan itu, lalu baginda bersumpah demi TUHAN bahawa baginda tidak akan membunuh Daud.
1 SAMUEL 19:4-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yonatan mengatakan hal yang baik tentang Daud kepada Saul, ayahnya. Katanya kepadanya, “Janganlah Raja berbuat dosa terhadap hambanya, iaitu Daud, kerana dia tidak berbuat dosa terhadap engkau, dan segala sesuatu yang dikerjakannya pun sangat baik bagimu. Dia telah mempertaruhkan nyawanya dan menumpaskan orang Filistin itu, sehingga TUHAN mengurniakan kemenangan yang besar bagi seluruh Israel. Engkau sendiri telah menyaksikannya dan bersukacita kerananya. Mengapakah kini engkau hendak berbuat dosa terhadap orang yang tidak bersalah seperti Daud dengan membunuhnya tanpa sebab?” Saul mendengar kata-kata Yonatan, dan dia pun bersumpah, “Demi TUHAN yang hidup, dia tidak akan dibunuh.”