1 SAMUEL 18:1-3
1 SAMUEL 18:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Sejak hari itu, Raja Saul menyuruh Daud tinggal bersama-sama baginda, dan tidak membenarkan dia pulang ke rumah bapanya. Yonatan bersumpah untuk bersahabat dengan Daud selama-lamanya, kerana dia sangat mengasihi Daud.
Kongsi
Baca 1 SAMUEL 181 SAMUEL 18:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Daud selesai berbicara dengan Saul, berpadulah jiwa Yonatan dengan jiwa Daud, dan Yonatan mengasihi Daud seperti mengasihi dirinya sendiri. Pada hari itu juga Saul mengambil Daud sebagai orangnya dan tidak mengizinkan dia pulang ke rumah ayahnya. Yonatan membuat perjanjian dengan Daud, kerana dia mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.
Kongsi
Baca 1 SAMUEL 18