1 SAMUEL 16:7-12
1 SAMUEL 16:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, “Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati.” Selepas itu Isai memanggil anaknya Abinadab, lalu menyuruh dia menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN.” Kemudian Isai menyuruh Syama menghadap. Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN.” Demikianlah Isai menyuruh tujuh orang anaknya menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Tidak seorang pun antara mereka yang dipilih oleh TUHAN.” Kemudian Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak lelakimu?” Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi, yang bongsu, tetapi dia sedang menggembalakan domba.” Samuel berkata, “Suruhlah orang memanggil dia, kerana kita tidak akan makan bersama-sama sebelum dia datang.” Oleh itu Isai menyuruh orang memanggil anak bongsunya. Ternyata dia seorang pemuda yang kacak, sihat, dan matanya bersinar. TUHAN berfirman kepada Samuel, “Inilah orangnya. Lantiklah dia!”

1 SAMUEL 16:7-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi firman TUHAN kepada Samuel, “Janganlah pandang rupanya atau perawakannya yang tinggi, kerana Aku telah menolak dia. Allah tidak melihat sebagaimana manusia melihat. Manusia melihat penampilan lahiriah, tetapi TUHAN melihat hati.” Kemudian Isai memanggil Abinadab dan menyuruhnya lalu di hadapan Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Yang ini pun tidak dipilih TUHAN.” Maka Isai menyuruh Syama lalu pula. Tetapi Samuel berkata, “Yang ini pun tidak dipilih TUHAN.” Isai menyuruh ketujuh-tujuh anaknya lalu di hadapan Samuel. Tetapi kata Samuel kepada Isai, “Mereka semua tidak dipilih TUHAN.” Tanya Samuel kepada Isai, “Inikah semua anakmu?” Jawabnya, “Masih ada yang bongsu, tetapi dia sedang menggembala kawanan domba.” Kata Samuel kepada Isai, “Suruhlah orang menjemput dia, kerana kita tidak akan duduk makan sebelum dia datang.” Maka Isai menyuruh orang menjemput anak bongsunya itu. Dia kemerah-merahan, matanya cantik, dan parasnya elok. Berfirmanlah TUHAN, “Segeralah lantik dia, kerana inilah dia.”