1 SAMUEL 16:18-22
1 SAMUEL 16:18-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Mendengar hal itu salah seorang hamba raja berkata, “Isai, orang Betlehem itu mempunyai seorang anak lelaki yang pandai bermain muzik. Dia juga seorang yang berani dan askar yang baik. Lagipun dia kacak dan pandai bercakap. TUHAN menyertai dia.” Kemudian Raja Saul mengutus orang kepada Isai dengan pesan, “Suruhlah anakmu Daud, yang menggembalakan domba itu datang menghadap beta.” Kemudian Isai menyediakan seekor keldai, lalu memuatinya dengan roti dan kirbat kulit yang penuh dengan wain; dia menyediakan juga seekor anak kambing. Semuanya itu diberikannya kepada Daud untuk dipersembahkan kepada Raja Saul. Demikianlah Daud datang kepada Raja Saul dan berkhidmat kepada baginda. Raja Saul sangat suka kepada Daud, lalu memilih dia menjadi pembawa senjatanya. Kemudian Raja Saul mengirim berita kepada Isai, “Beta suka kepada Daud. Benarkanlah dia tetap tinggal di sini dan berkhidmat kepada beta.”
1 SAMUEL 16:18-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seorang daripada antara orang muda itu berkata, “Sesungguhnya, aku pernah melihat seorang anak Isai, orang Betlehem, yang pandai memetik kecapi. Dia seorang kesateria yang gagah perkasa, dan juga seorang pejuang. Selain itu, dia pandai berbicara dan perawakannya bagus dan TUHAN menyertainya.” Maka Saul mengirim beberapa orang utusan kepada Isai dengan pesan, “Suruhlah anakmu Daud, yang suka menggembala kawanan domba itu, menghadap aku.” Kemudian Isai mengambil seekor keldai. Dimuatinya keldai itu dengan roti, sebuah kantung kulit berisi air anggur, dan seekor anak kambing, lalu dikirimnya semua itu kepada Saul dengan perantaraan Daud, anaknya. Daud pun datang menghadap Saul dan berkhidmat kepadanya. Saul sangat mengasihi Daud, sehingga dia menjadikan Daud pembawa senjatanya. Lalu Saul menyuruh orang untuk menemui Isai dan berkata, “Biarlah Daud tetap berkhidmat kepadaku, kerana aku menyukainya.”