1 SAMUEL 15:22-23
1 SAMUEL 15:22-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai TUHAN, ketaatan atau persembahan dan korban? Lebih baik taat kepada TUHAN daripada mempersembahkan domba yang paling gemuk kepada-Nya. Memberontak terhadap TUHAN sama jahatnya dengan melakukan sihir, dan hati yang sombong sama jahatnya dengan penyembahan berhala. Oleh sebab tuanku menolak perintah TUHAN, TUHAN pun menolak tuanku sebagai raja.”
1 SAMUEL 15:22-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata Samuel, “Adakah korban bakaran dan korban sembelihan yang lebih disukai TUHAN daripada mendengar suara TUHAN? Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan dan memperhatikan itu lebih baik daripada lemak domba jantan. Sebab penderhakaan sama seperti dosa bertenung dan kedegilan sama seperti penyembahan berhala. Kerana engkau telah menolak firman TUHAN, maka Dia juga telah menolak engkau sebagai raja.”