1 SAMUEL 1:7-8
1 SAMUEL 1:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Perkara itu berlangsung selama bertahun-tahun. Setiap kali mereka pergi ke rumah TUHAN, Penina selalu menyakiti hati Hana sehingga Hana menangis dan tidak mahu makan apa-apa. Setiap kali pula suaminya Elkana akan bertanya kepadanya, “Hana, mengapa menangis? Mengapa tidak mahu makan? Mengapa selalu bersedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?”
1 SAMUEL 1:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikianlah keadaan itu berlangsung tahun demi tahun. Setiap kali Hana pergi ke Bait TUHAN, madunya menyakiti hatinya sehingga dia menangis dan tidak mahu makan. Elkana, suaminya, berkata kepadanya, “Hana, mengapakah engkau menangis? Mengapakah engkau tidak mahu makan? Mengapakah engkau susah hati? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada sepuluh orang anak lelaki?”