1 SAMUEL 1:4-7
1 SAMUEL 1:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Tiap-tiap kali Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan satu bahagian daging korban itu kepada Penina dan satu bahagian kepada setiap anaknya. Walaupun Elkana sangat mencintai Hana, Elkana memberi dia satu bahagian daging sahaja, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepadanya. Hana selalu disakiti hati dan dihina oleh Penina, madunya itu, kerana TUHAN tidak memberikan anak kepada Hana. Perkara itu berlangsung selama bertahun-tahun. Setiap kali mereka pergi ke rumah TUHAN, Penina selalu menyakiti hati Hana sehingga Hana menangis dan tidak mahu makan apa-apa.
1 SAMUEL 1:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan bahagian-bahagian korban itu kepada Penina, isterinya, serta kepada semua anaknya baik lelaki mahupun perempuan. Dia memberikan bahagian dua kali ganda kepada Hana kerana dia mengasihinya meskipun TUHAN menutup rahim isterinya itu. Hana sering disakiti dan dihina oleh madunya, Penina, kerana TUHAN menutup rahim Hana. Demikianlah keadaan itu berlangsung tahun demi tahun. Setiap kali Hana pergi ke Bait TUHAN, madunya menyakiti hatinya sehingga dia menangis dan tidak mahu makan.