1 PETRUS 5:8-9
1 PETRUS 5:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa. Teguhkanlah iman dan lawanlah Iblis, kerana kamu tahu bahawa saudara-saudara sesama Kristian lainnya di seluruh dunia, juga mengalami penderitaan yang sama.
1 PETRUS 5:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka handaklah kamu suman dan jaga, kŭrna musohmu iblis itu ada spŭrti singa mŭnglilingi kami, mŭngaum mŭnchari siapakah handak ditŭlannya. Lawanlah akan dia dŭngan iman yang tŭgoh, kŭrna kami kŭtahui, bahwa sŭngsara yang dŭmkianlah dilakukan kapada saudara saudara kamu yang ada dalam dunia.
1 PETRUS 5:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa. Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh. Kamu tahu bahawa penderitaan yang sama sedang ditanggung oleh saudara-saudara seimanmu serata dunia.