1 PETRUS 5:1-4
1 PETRUS 5:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku meminta perhatian pemimpin-pemimpin jemaah di kalangan kamu. Aku juga pemimpin jemaah dan aku sudah menyaksikan penderitaan Kristus. Aku akan turut dimuliakan apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kepada manusia. Aku menggesa kamu supaya kamu menjaga jemaah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, seperti gembala menjaga kawanan domba. Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu hanya untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya. Janganlah bertindak sebagai penguasa terhadap orang yang dipercayakan kepada kamu, tetapi jadilah teladan kepada mereka. Apabila Gembala Agung itu datang kelak, kamu akan menerima mahkota yang mulia dan kekal.
1 PETRUS 5:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA orang tua tua yang ada diantara kamu, aku bri nasihat, maka aku inipun sa’orang tua juga adanya, dan sa’orang saksi deri hal sŭngsara Almasih, dan lagipun sa’orang yang mŭmpunyai bahgian bagie kamuliaan yang kŭlak akan dinyatakan: Brilah makan akan kawan domba Allah yang ada diantara kamu, sŭrta buang buang mata kapadanya, janganlah dŭngan paksa, mŭlainkan dŭngan kŭrelaan; bukannya deri sŭbab laba yang kŭji, mŭlainkan dŭngan suka hati. Atau jangan spŭrti tuan tuan atas pusaka Allah, mŭlainkan mŭnjadi tauladanlah kapada kawan domba itu. Maka apabila pŭnghulu gombala itu kŭlak klihatan, maka kamu akan bŭrulih mahakota kamuliaan yang tiada binasa.
1 PETRUS 5:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada tua-tua jemaah dalam kalanganmu, kutujukan pesanan ini. Aku, sebagai seorang tua-tua juga yang telah menyaksikan penderitaan Kristus dan yang akan turut dimuliakan apabila kemuliaan-Nya ternyata, menyerumu: Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka — bukan secara terpaksa tetapi dengan rela; bukan untuk mendapat keuntungan yang tidak wajar, tetapi dengan sepenuh hati; bukan sebagai tuan bagi mereka yang diamanahkan kepadamu, tetapi sebagai teladan untuk mereka. Apabila Gembala Agung datang kelak, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang kekal.